
Perbincangan, pendapat dan idea...dengan ustat berkenaan membuat kami terkedu dan tersentak dari lamunan mimpi dunia yang indah tetapi sementara. Kami terasa betapa hina dan tidak bersyukurnya kami dengan nikmat yang telah di berikanNya.
Kita mengejar dunia tetapi tidak bertujuan untuk agama. Kita mengejar dunia seolah-olah kita tidak mati. Bagaimana amalan kita, ilmu kita, orang di bawah tanggungjawab kita serta masyarakat sekeliling kita. Apakah kita tidak di pertanggungjawabkan atas semua ini? Ingin memasuki syurga..tetapi tidak bersedia untuk membayarnya.
Coretan ini sebagai mengingati diri sendiri serta teman-teman yang berada di luar sana. Antara persoalan yang menarik untuk kami kongsikan iaitu :
1. Betulkah sudah wuduk kita mengikut syariat..
2. Betulkah sudah cara sembahyang kita mengikut syariat.
3. Betulkah bacaan tajwid Al-Quran kita sewaktu menunaikan solat.
4. Anak isteri kita adakh di isi dengan ilmu agama yang baik selain mengisi perut mereka.
5. Adakah kita sendiri benar-benar berilmu..
Kita sebagai umat islam akhir zaman perlu kaya agar tidak timbul fitnah dan untuk menjadi kaya perlulah asas keimanan serta ilmunya di perkukuhkan terlebih dahulu. Beriman dan kaya di mana dapat membantu saudara seislam kita.
Orang islam sekarang kaya tetapi lupa Allah dan sentiasa tamak. Bagaimana rezeki akan menjadi berkat. Mengejar dunia dengan penuh keletihan dan kepayahan. Orang kaya beriman akan terjadi dunia yang mengejarnya. Rezeki berkat dan halal membentuk keperibadian manusia yang baik dan di senangi.
Oleh itu, kita perlu kembali kepada asas semula. Ibarat tiang bangunan yang perlu di perkukuhkan dahulu. Janganlah kita berdebat tentang sesuatu perkara sekiranya kita tidak mahir dan cukup ilmu untuk di perdebatkan. Kita perdebatkan sesuatu hukum Allah sedang kita sendiri tidak mahir ilmu agama. Jadilah seperti orang bodoh yang berdebat dengan orang yang bodoh. Lihat 5 perkara di atas tadi. Adakah kita sudah menguasainya dengan baik.
Menuntut ilmu agama adalah wajib ke atas orang islam. Pertolongan Allah tidak datang kerana ilmu kita sendiri tidak cukup. Sebagai contoh, seorang petani yang tidak mempunyai ilmu pertanian yang baik..bagaimana ingin mendapatkan hasil tanaman yang baik.
Adakah sembahnyang kita di terima olehNya. Bolehkah kita memberi alasan kita tidak tahu, padahal kita sendiri tidak menuntut ilmu agama dengan sebaiknya. Oleh itu, wujudlah islam pada hari ini yang tidak mempunyai kualiti di sebabkan kecetakan ilmu serta kebodohannya kerana tidak mahu menuntut ilmu agama dengan sebaiknya. Bagaimana ingin mendapatkan pertolongan Allah kerana meminta tidak dengan ilmu, amal dan tertibnya?
Mengajak manusia berbuat kebaikan tidak cukup sekiranya kita sendiri tidak mempunyai ilmu dan beramal. Oleh itu, lengkapkan diri kita dengan ilmu agama yang baik dengan mengikut syariat. Hakikat tidak akan wujud sekiranya Syariat tidak di ikuti secara tertib.
Maka kami dengan rasa rendah diri, kami belajar semula mengaji (bacaan Al-Quran, wudhuk, sembahyang dan Akidah) sambil mengkaji dengan bantuan ustat berkenaan. Ilmu yang di ajarkan iaitu dapat membaca Al-Quran hanya 6 jam di ikuti dengan tajwidnya sekali. Walau orang berkenaan buta membaca Al-Quran.
Senjata orang mukmin adalah doa. Sejauh mana kita yakin dengan doa pertolongan yang di pinta. Doa kita tidak berkualiti, kosong dan hambar, bagaimana ingin di makbulkan.
Cukup untuk hari ini, coretan akan datang akan kami sampaikan lagi melalui pengalaman yang kami lalui untuk renungan bersama...
Jadilah kita orang beriman yang kaya...
No comments:
Post a Comment