Thursday, December 23, 2010

Kedai Agro Best

Ini adalah kedai yang kami sewa dan jadikan pusat penghantaran ayam dan daging ke beberapa restoran. Kedai ini juga menjual barangan runcit ayam dan daging. Hasil tani dari kebun akan terus di hantar ke kedai sebagai pusat penghantaran serta jualan pukal kepada sesiapa yang berminat.

Walau perit di lalui namun hasil sedikit kejayaan semakin terserlah dan bersinar. Ini memberi semangat dan motivasi kepada kami untuk terus berjuang dan berjuang....

NO PAIN NO GAIN....YEAAAHHHH!!!!!!

Wednesday, December 22, 2010

Berbudi pada Tanah

Kebun kini mengeluarkan hasil...kami tak sangka apabila bawang merah pun tumbuh subur. Ini seolah-olah memberi kami ruang dan peluang untuk kami maju ke hadapan dengan lebih hebat lagi.

Hasil dan kejayaan memang indah serta manis di bicarakan kerana ianya lahir dari kesusahan, kepayahan, kesengsaraan, ketidakjujuran pekerja, ketahanan mental dan jiwa yang keras...

Kebun

Ini adalah gambaran kebun yang masih dalam proses menunggu hasil. Kegagalan masa lalu tidak mematahkan semangat untuk terus berjuang. Walau sakit, perit dan pedih..usaha di teruskan juga demi agama, maruah dan cita-cita.

Kami tertarik dengan pepatah berikut mengenai sikap orang Melayu iaitu :

"Orang Melayu lembut hatinya untuk bertolak ansur, sehingga dirinya tidak sedar bahawa mereka di tolak secara beransur-ansur".


Pengalaman kami dalam menjalankan bisnis telah memahami kami maksud yang tersirat dalam pepatah tersebut. Cuba kita renungkan bersama, bukan sahaja dalam bisnis tetapi dalam kehidupan seharian yang kita lalui...


Saturday, December 11, 2010

Apa Cerita




Salam semua..terlalu lama blog ini tidak dikemaskinikan..ini kerana kami sibuk dalam meneruskan bisnis yang semakin maju..begitu juga dengan masalah yang dihadapi. Semakin hebat dan bertambah maju.

Namun, kami bersyukur kerana masih dapat bertahan dengan kudrat yang ada. Benar sungguh pepatah "BUKAN SENANG MAU MENJADI SENANG, BUKAN SUSAH MAU MENJADI SUSAH". Otak anugerah Tuhan yang paling hebat..dengan otak lah..pelbagai strategi dan permasalahan di atur dan di selesaikan dengan bijaksana.

Kini sudah hampir sepuluh bulan bisnis yang di usahakan. Kami semakin matang dan permintaan serta hasil semakin meningkat. Kejujuran ahli adalah kunci..kerana tiadanya integriti...bijak mana sekalipun tidak berguna, malah menyusahkan lagi.

Semakin tinggi ke langit, semakin kuat angin bertiup, inilah adat kehidupan yang kita lalui bila kita semakin naik ke atas. Ingatan pada kami..dunia jangan terlalu di kejar..semakin kita mengejar dunia, semakin jauh dunia meninggalkan kita. Oleh itu, kita harus balik kepada fitrah kejadian manusia iaitu..beramal ibadat dengan Tuhan serta membantu sesama manusia...Bagaimana ingin membantu sekiranya diri sendiri, keluarga dan sahabat handai pun tidak terbantu. Penyelesaiannya, adalah berniaga dengan jujur, ikhlas dan amanah. Siapapun kita pasti akan di tolongNya sekiranya niat dan objektif adalah untuk membantu sesama manusia dalam meningkat kualiti hidup yang berlandaskan iman agama.

Wednesday, March 31, 2010

Bekalan Bahan Mentah

Hari ini kami memulakan pembekalan ayam ke beberapa restoran sekitar Kota Kinabalu. Semoga perjuangan ini medapat kejayaan yang di impikan kerana ia melibatkan banyak pengharapan. Kesilapan di masa lalu di jadikan iktibar dalam meneruskan perjuangan.

Tuesday, March 9, 2010

Cabaran

Mengurus Kebun bukanlah mudah...pekerja yang di harapkan dalam meningkatkan hasil bersama imbuhan yang menarik tidak mendapat sambutan. Manusia tidak kira kedudukan, bangsa dan taraf pendidikan semuanya sama kerana tidak menggunakan pemikiran yang waras dengan mengawal pelbagai nafsu yang sedia ada dengan bijaksana.

Memberi kepercayaan, layanan sesama manusia dengan toleransi sering di salahguna dan tidak dihargai. Ini menyebabkan kita menggunakan kuasa yang sedia ada..sama ada dari segi kewangan mahupun pengaruh dan juga karisma kepimpinan. Semakin kita mendalami manusia itu sendiri, kita akan menjumpai bahawa manusia itu perilakunya dari hati yang bersih. Bagaimana menjadikan hati itu bersih adalah persoalan yang besar serta subjektif?

Amatlah benar pepatah mengatakan bahawa "Menjaga Kerbau Sekandang jauh lebih mudah berbanding Seorang Manusia". Manusia berperangai bukan manusia di sebabkan jiwanya, hatinya dan fikirannya terlupa yang ianya adalah manusia.

Kini, berdasarkan pengalaman yang di lalui sepanjang perjalanan ini...pekerja yang bermasalah kami berhentikan dan sistem pentadbiran di kaji semula dengan irama keras dan tegas. Kajian perniagaan yang berjaya kebanyakannya adalah sistem ala-Yahudi. Sistem ini kita kaji dan ambil yang baik serta di ubahsuai mengikut kemampuan kita.

Walaubagaimana pun, rezeki bertambah dari sudut yang lain di mana peluang untuk di capai adalah tidak sukar untuk di realisasikan...