Monday, November 16, 2009

Memperluaskan Kawasan Kebun


Kawasan kebun yang diperluaskan bagi tujuan penanaman cili besar (kulai king) secara organik 100%. Penyelidikan dan kajian bersama pelajar PhD Universiti Malaysia Sabah dalam bidang pertanian.

Ini bertujuan bagi mendapatkan pengiktirafan secara ilmiah dan kajian yang rasmi demi kebaikan bersama. Selain itu, kerjasama dengan pihak MARDI dalam memproses sos cili cuba di realisasikan agar penjanaan ekonomi dapat di perluaskan lagi. Ini sekurang-kurangnya membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat Sabah.

Pemakluman ini bukan bertujuan meninggi diri tetapi lebih kepada rekod catatan proses menuju kejayaan dalam bidang pertanian. Ini juga menjadi pembakar semangat kepada diri sendiri agar terus mara ke hadapan.

Kepada yang berminat dan ingin berkongsi pengalaman bersama serta bertukar idea, bolehlah menghubungi kami di e-Mail seperti berikut : agrobest.ent@gmail.com.