Saturday, October 31, 2009

YB Datuk Wilfred Bumburing




Lawatan oleh YB Datuk Wilfred Bumburing ke ladang kebun yang kami usahakan. Bersama beliau iaitu seorang pakar agrotani dari Taiwan. Idea pakar Taiwan yang telah mereka laksanakan iaitu "Tanaman Bersepadu". Ia menerangkan tetap konsep baja air ikan air tawar pada penanaman sayur-sayuran.

Lawatan YB Datuk Wilfred Bumburing, telah menyuntik semangat kami untuk terus aktif dan serius dalam melaksanakan misi ini. Kami berdoa agar kejayaan bersama kami.

Tanaman Cili Besar




Ini adalah hasil dari ladang Kg. Sebayan, Kudat yang kami usahakan. Cili besar yang telah di tanam sebanyak 10,000 pokok. Usahasama penanaman cili besar dan cili padi bersama orang kampung telah kami adakan. Ini sedikit sebanyak penjanaan ekonomi orang kampung dapat ditingkatkan. Projek penanaman cili besar bersama orang kampung sebanyak 20,000 pokok.

Kami berdoa agar projek ini berjaya. Ini dapat membantu ekonomi orang tempatan dan seterusnya meningkatkan ekonomi negara dalam bidang pertanian.

Friday, October 30, 2009

Pesta Gong Kudat

Sempena Pesta Gong di Kg. Sumangkop, Kudat pada 24 – 25 Oktober 2009. Usahawan Bimbingan Pertubuhan Peladang Kudat mengambil bahagian mempamerkan hasil berasaskan pertanian.

Ini adalah satu langkah berani yang kami ambil dalam memajukan industri pertanian. Ia juga sebagai satu cabaran kepada diri sendiri dalam menceburi bidang perniagaan. Hasil daripada penanaman cili besar (kulai king) di Kg. Sebayan Kudat.

Selain daripada itu, pati santan kelapa Kudat juga kami hasilkan. Produk ini mendapat sambutan baik di beberapa buah restoran di sekitar Kota Kinabalu.