Saturday, July 9, 2011

Kedai Tuaran dan Kg. Likas

Kedai di pekan Tuaran yang sudah beroperasi selama 4 bulan lebih. Banyak dugaan dan cabaran yang di lalui. Walaupun barangan kami belum lagi lengkap seperti kedai yang lain, jualan boleh di katakan tidak mengecewakan juga.

Kedai ini pada asalnya penuh dengan cerita mistik kerana penyewa sebelum ini sering bertukar ganti. Tujuh kali bertukar penyewa selama setahun. Semoga kami dapat bertahan dengan pelbagai dugaan.
Kedai di Kg. Likas sudah setahun lebih beroperasi. Sambutan juga menggalakkan. Beberapa insiden pahit yang terjadi baru-baru ini amat menyakitkan. Peristiwa ini akan mematangkan lagi dalam meneruskan perjuangan.

Pengalaman yang di lalui membuatkan diri kita bahawa dalam dunia perniagaan kita jauh ketinggalan dengan bangsa lain. Kekayaan pengalaman, modal dan hubugan dengan pembekal, membuatkan kita...sebagai orang Melayu yang sentiasa layu perlu di beri kesedaran minda yang mendalam.

Bangga dengan tanahair di bumi sendiri tetapi bukan orang kita yang menguasai ekonomi di negara sendiri...Sekiranya bukan kita yang menguasai politik..apa yang kita ada?

Ekonomi boleh menguasai politik tetapi politik menguasai ekonomi adalah sukar..sebab orang politik dan usahawan adalah dua watak yang berbeza...Sama rata tidak semestinya adil. Tidak menyokong mana-mana pihak..cuma pemikiran tidak taksub dan fanatik dengan kepincangan sesuatu isu yang ditimbulkan....

Wednesday, May 25, 2011

Kita Perlu Rasa Malu


Kita sebagai rakyat Malaysia, patut rasa malu atas keprihatinan orang luar terhadap senario negara kita. Jangan biarkan tangan-tangan kotor dan rakus terus memperbodohkan kita dengan laungan kemodenan dan pembangunan.

Renung-renungkan dan Selamat Bertindak - sebarkan...

Thursday, April 21, 2011

Pemimpin Kebun - The Race Is On


Speech given by Tuan OCPD (Mr. Bahar @ Sudirman) - The another New Leader in our Kebun

"Great hopes make everything possible" ~ Benjamin Franklin

We are living in the most challenging times for business and economics that we have experienced in our lifetimes. Only the fit will survive. The race is on, and you are in it.

If you are not committed to winning, to conquering against all odds, you will be brushed aside and passed over by people and companies more determined to win than you are.

Harvard University made three predictions that apply to the current economic situation.

1. There will be more change in your business in the year ahead than ever before;

2. There will be more competition in your business than ever before; and

3. There will be more opportunities in your business than ever before.

Damon Runyon once wrote, "The race is not necessarily to swift, nor the contest to the strong, but that's the way to bet."

The Chinese character for crisis is the same character used for oppurtunity. This is because within almost every crisis there is on oppurtunity of some kind, if you can find it.

Synopsis from The Book : How The Best Leaders Lead - Brian Tracy..

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Kudat, Kg. Sebayan

Wednesday, April 20, 2011

AgroBest Enterprise dan Serangan


"Tidak Aku Jadikan Jin dan Manusia Melainkan Untuk Menyembah Aku (Allah S.W.T) - Az-Zariyat : 56"

Inilah terjadi pada kedai yang kami usahakan. Percaya atau tidak pada mistik adalah kepercayaan individu sendiri. Apa yang kami lalui adalah pengalaman sendiri...

Paparan video ini bukan bermaksud apa-apa...hanya renungan bersama bahawa ilmu hitam yang menggunakan bangsa jin semakin berleluasa dalam menewaskan lawan perniagaan mahupun menghancurkan sesama manusia...

Semoga mereka yang berbuat jahat ini akan menerima balasan atas apa yang mereka kerjakan..

Thursday, March 31, 2011

Orang Kita




Syukur..barangan di kedai kami mula bertambah secara perlahan-lahan dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pendapatan jualan.

Tidak semua kejayaan kita akan di senangi. Ini kerana sifat PhD (perasaan hasad dengki) di kalangan orang kita hebat. Cakapnya hebat, dengkinya hebat, malasnya hebat, nafsunya hebat dan gayanya hebat. Hasilnya...0 atau negatif.

Saingan secara sihat bukan budaya orang kita. Ilmu hitam la yang di kirimkan demi nafsu serakah. Bangsa jatuh..adalah matlamat orang kita..walau pun tidak semuanya. Ilmu halus begini yang tidak di dokumen dalam melahirkan usahawan.

Kepada orang kita...fikir-fikir kan lah..

- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, February 27, 2011

Kedai di Tuaran





Ini adalah proses pengubahsuaian kedai kami yang kedua di pekan Tuaran. Segala proses ubahsuai, adalah hasil dari orang kami sendiri. Kami bersyukur kerana di kalangan anggota kami mempunyai kepakaran masing-masing yang tersendiri.



Segala penat, akhirnya siap juga seperti yang di rancang. Kedai ini beroperasi pada 16hb Februari 2011 jam 7.07 a.m. Syukur kerana hingga hari ini..kedai kami mendapat sambutan yang membanggakan.

- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, December 23, 2010

Kedai Agro Best

Ini adalah kedai yang kami sewa dan jadikan pusat penghantaran ayam dan daging ke beberapa restoran. Kedai ini juga menjual barangan runcit ayam dan daging. Hasil tani dari kebun akan terus di hantar ke kedai sebagai pusat penghantaran serta jualan pukal kepada sesiapa yang berminat.

Walau perit di lalui namun hasil sedikit kejayaan semakin terserlah dan bersinar. Ini memberi semangat dan motivasi kepada kami untuk terus berjuang dan berjuang....

NO PAIN NO GAIN....YEAAAHHHH!!!!!!